Pecco ramal saingan 2024 lebih sengit.


Pecco antara pelumba yang sangat hebat kerana berjaya mengekalkan kejuaraan terutama apabila mengenakan nombor keramat '1' sepanjang musim ini. Perjalanannya bukan mudah apabila harus bersaing dengan Jorge Martin yang begitu cemerlang selepas separuh musim terakhir. Walaubagaimanapun secara keseluruhannya cabaran untuk beliau bergelar juara dunia 2022 adalah lebih tinggi kerana pungutan matanya dengan Fabio agak jauh.

Untuk musim hadapan apabila ditanya berkenaan ramalan cabaran bagi mengekalkan gelaran juara dunia, beliau mengungkapkan bahawa ia dilihat lebih sukar terutama daripada kem Ducati sendiri. Jorge Martin pasti akan tampil lebih baik pada kali ini dan beliau sangat laju baik di sesi qualifying mahupun perlumbaan. 

Pelumba kedua pula ialah Marco Bezzecchi yang dilihat makin selesa dan serasi dengan Desmosedici. Cumanya pada tahun ini Bez dilihat kurang menyengat di beberapa litar dan pastinya pada tahun hadapan beliau akan lebih baik.

Tidak dipinggirkan bekas juara dunia 8 kali, Marc Marquez yang akan berlumba dengan Desmosedici. Pecco amat kenal jentera tersebut dan beliau juga tahu kemampuan Marc maka Pecco memasukkan nama Marc sebagai salah seorang pencabarnya nanti.

Selain daripada Ducati, Pecco menamakan Brad Binder yang dilihat amat kuat bertarung dan juga prestasi KTM yang semakin membaik. Brad seorang pelumba yang sukar mengalah dan sanggup mengambil risiko yang besar ketika dalam perlumbaan. Seperti tahun ini telah beberapa kali Pecco bertarung dengan Binder maka beliau amat kenal akan sikap gigih Brad yang sukar ditewaskan.

Comments

Follow Us