Peluang Rins cipta sejarah.


Tidak ramai pelumba yang mampu memenangi perlumbaan MotoGP dengan jentera-jentera berbeza. Setakat ini kita telah mempunyai beberapa pelumba yang memenangi perlumbaan dengan dua jentera berbeza namun belum ada lagi yang berjaya dengan tiga jentera.

Antara pelumba kini yang telah memenangi perlumbaan dengan 2 jentera berbeza ialah Jack Miller, Maverick Vinales dan Alex Rins. Bagi Miller dua jentera tersebut ialah Honda dan Ducati manakala bagi Maverick pula ialah Suzuki Dan Yamaha. 

Alex Rins sebelum ini pernah menang dengan jentera Suzuki dan Honda. Bermula pada musim hadapan, beliau bakal menggunakan jentera ketiga iaitu Yamaha. Adakah beliau menjadi pelumba pertama mencipta sejarah terbaru MotoGP?

Comments

Follow Us