- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Perlumbaan dua roda paling berprestig didunia, MotoGP yang mula memasuki era moden makin berkembang dari segi pembangunan teknologi jentera serta kesungguhan pelumba untuk memacu jentera agar mengecapi kemenangan didalam setiap perlumbaan.
Dengan faktor jentera yang makin laju, tahap cengkaman tayar ketika jentera di litar serta keperluan memperlahan jentera di selekoh menjadi sebahagian intipati apabila jentera dibangunkan dari masa ke semasa.
Semenjak Michelin menggantikan Bridgestone didalam kategori perdana MotoGP bermula musim 2016, pelbagai masalah ditimbulkan oleh pelumba serta pasukan terhadap kualiti serta tahap cengkaman tayar Michelin yang kurang baik.
Sedar dengan permasalahan yang timbul serta pembangunan jentera lumba yang semakin pesat sekarang, pihak Dorna dan FIM dikhabarkan mula mencari pengganti pembekal jentera baharu bagi saingan keas perdana MotoGP menjelang 2027, iaitu sehingga kontrak Michelin tamat pada penghujung musim 2026.
Untuk rekod, Pirelli kini telah menjadi pembekal rasmi bagi jentera lumba didalam semua kelas WorldSBK serta kelas Moto2 dan Moto3 didalam MotoGP dan tidak mustahil jika Pirelli juga akan menjadi pembekal bagi kategori perdana MotoGP kelak.
Teruskan bersama Two Wheels..!
📷 WSBK/Michelin
Comments
Post a Comment