|
📷Ducati / corner speed |
Self-talk atau percakapan internal merujuk kepada dialog
dalaman kita, terdiri daripada pernyataan yang kita katakan kepada diri
sendiri, sama ada dalam fikiran atau dengan lisan. Kebanyakan daripada kita menggunakan
percakapan diri dalam hidup kita, seperti memberi semangat kepada diri sendiri sebelum
memulakan perlumbaan.
|
📷 Sumber Google. |
Amalan ini membantu kita menilai dan mengawal pemikiran serta
emosi kita, selain itu, boleh membantu mengurangkan tekanan dan kebimbangan
dalam situasi tertentu. Atlet juga terlibat dalam percakapan internal
semasa latihan dan pertandingan, mengatakan perkara seperti
"teruskan" dan "tumpukan pada teknik", atau mengulangi
mantra seperti "saya kuat", “saya juara”.
|
📷 Sumber Google. |
Dalam sukan, percakapan internal dapat
berfungsi dengan dua tujuan:
1) Meningkatkan motivasi atlet dan menggalakkan mereka
untuk memberikan lebih banyak usaha.
2) Mengalihkan perhatian kepada tindakan yang relevan
yang harus dilakukan oleh pelumba ("Chicane tu makanan aku",
"full gass") untuk meningkatkan kualiti pergerakan atau prestasi
mereka.
MotoGP merupakan sukan yang sangat memerlukan
permintaan prestasi yang tunggi. Hal ini kerana dengan sedetik kecuaian, ianya akan
mengakibatkan pelumba boleh kehilangan posisi terbaik mereka untuk memenangi perlumbaan.
Maka, tidak hairanlah dalam siaran langsung perlumbaan utama, kita dapat menyaksikan
pelumba-pelumba melakukan perkara yang pelik seperti mengusap fuel tank,
mencium fuel tank, mengoyangkan helmet serta menepuk badan di petak grid permulaan.
Perkara yang dilakukan adalah tidak lain dan tidak bukan hanya
untuk memberikan sedikit ruang bagi berbicara dengan diri sendiri agar dapat
menumpukan sepenuh perhatian serta ketenangan untuk mencapai sasaran
masing-masing. Oleh itu, adakah perbuatan yang dilakukan oleh pelumba suatu
ritual atau itu sebahagian daripada psikologi sukan.
Sumber rujukan
https://www.brainpost.co/weekly-brainpost/2021/5/18/the-role-of-self-talk-in-sports
Comments
Post a Comment