Rawatan Krioterapi dalam sukan permotoran

 

Krioterapi ialah satu bentuk rawatan di mana penyedia penjagaan kesihatan anda menggunakan suhu yang sangat sejuk sekitar -120 hingga -180 untuk membekukan dan memusnahkan tisu yang tidak normal dalam waktu yang singkat. Untuk mencipta suhu sejuk yang melampau ini, mesin krioterapi ini akan menggunakan bahan seperti nitrogen cecair atau gas argon. 


Gambar 1: Mesin Krioterapi

Semasa rawatan krioterapi dijalankan, penyedia penjagaan kesihatan menggunakan suhu sejuk yang melampau pada tisu yang tidak normal. Kesannya sel-sel yang tidak boleh bertahan pada suhu sejuk yang melampau akan mati selepas rawatan.

📷Cyrotheraphy Sydney

📷blog.ktm

Terdapat pelbagai kaedah krioterapi untuk membekukan tisu. Cara penyedia penjagaan kesihatan akan mengaplikasikan suhu sejuk bergantung pada lokasi tisu yang tidak normal.

Luaran: Jika tisu terletak pada kulit, biasanya akan menggunakan peranti penyemburan atau kapas untuk mengaplikasikan agen pembeku.

Dalaman: Untuk merawat keadaan di dalam badan, seperti sel pra kanser atau tumor, rawatan akan menggunakan sebuah alat yang dipanggil krioprob. Alatan tersebut akan dimasukkan melalui satu rongga kecil di kulit anda.

Kelebihan Rawatan Krioterapi:-

• Pengurangan kesakitan dan penyembuhan otot
• Pengurangan keradangan
• Pencegahan demensia
• Pengurangan kebimbangan dan kemurungan
• Peningkatan gejala ekzema
• Rawatan migrain
• Pencegahan dan rawatan kanser
• Penurunan berat badan

Mesin ini amat berguna dalam dunia sukan terutamanya sukan MotoGP kerana terdedah dengan kelajuan 300kmj ke atas. Apabila kemalangan, banyak tisu badan telah rosak dan mereka memerlukan penyembuhan yang pantas untuk pusingan seterusnya.

Salah seorang pelumba MotoGP iaitu Jorge Lorenzo membongkarkan kejayaan juara dunianya pada tahun 2016. Beliau berkata salah satu faktor rahsia kejayaan tersebut adalah dengan menggunakan mesin ini diletakkan di dalam Motorhome miliknya. Ketika itu, tiada seorang pun yang tahu mengenai perkara ini.

Sumber Rujukan

https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/21099-cryotherapy

https://www.medicalnewstoday.com/articles/319740#benefits 


Comments

Follow Us