- Get link
- X
- Other Apps
š·MotoGP |
Rawatan pemulihan dalam sukan adalah perkhidmatan yang disediakan untuk memulihkan atlet yang telah mengalami kecederaan semasa latihan mahupun pertandingan yang disertai. Terdapat dua jenis rawatan pemulihan dalam sukan iaitu rawatan pemulihan tradisional dan rawatan pemulihan moden.
Gambar 1: Rawatan pemulihan tradisional Bekam dan Akupuntur
Rawatan pemulihan tradisional merupakan cara yang digunakan sejak dahulu lagi bagi merawat kecederaan yang dialami, perkara ini memang tidak dapat dinafikan keberkesanannya kerana sebelum teknologi canggih muncul cara pemulihan tradisional menjadi pilihan utama dalam menjalankan rawatan kecederaan.
Rawatan pemulihan seperti bekam, akupuntur, urutan tradisonal dan berendam dalam ais sering diberi perhatian apabila atlet mengalami kecederaan pada ketika itu, Tambahan lagi, pada ketika itu di Malaysia ramai yang berkebolehan untuk melakukan rawatan pemulihan tradisional. Selain itu, kos rawatan yang berbaloi dengan hasil yang diterima selepas menerima rawatan pada ketika itu.
Gambar 2: Rawatan pemulihan moden Chamber hiperbarik dan Mesin Krioterapi
Rawatan pemulihan moden merupakan kaedah rawatan yang melibatkan teknologi canggih seiring dengan peredaran zaman yang semakin maju ini. Rawatan pemulihan seperti tidur dalam chamber hiperbarik, rawatan krioterapi, menjalani sesi pemulihan dengan ‘compression boots’ dan urutan sukan akan membantu atlet yang menghadapi kecederaan pulih dengan lebih cepat berbanding tempoh yang telah disasarkan.
Hal ini demikian kerana setiap masa yang bergerak sekarang ini umpama wang ringgit begitu berharga maka apabila prestasi atlet terhenti disebabkan masalah kecederaan ianya merupakan satu kerugian yang terpaksa ditanggung oleh sesebuah pasukan maka dengan adanya rawatan pemulihan moden ini akan memberikan sedikit sebanyak jaminan kepada pasukan untuk memastikan atlet dapat beraksi semula untuk mencapai kembali sasaran yang telah ditetapkan.
Gambar 3: Rawatan pemulihan moden Compression boots dan Alatan urutan
Kesimpulannya, rawatan pemulihan tradisional dan moden masing-masing ada kelebihan tersendiri semasa sesuatu rawatan tersebut dijalankan. Perkara ini tidak wajar untuk dibandingkan kerana bak kata pepatah tiada yang lama maka tiada yang baharu maka rawatan pemulihan yang ingin pilih haruslah bersesuaian dengan peredaran zaman yang dilalui.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment