RM120 juta untuk ke semua 20 pusingan perlumbaan.


Michelin merupakan pembekal tunggal tayar untuk kegunaan jentera-jentera yang bertanding di kejohanan MotoGP. Dorna telah menetapkan supaya hanya satu pembekal sahaja yang terlibat bagi menjadikan perlumbaan lebih seru dan menarik.

Perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pihak Michelin bukanlah kecil kerana bagi setiap perlumbaan mereka mengeluarkan bajet sebanyak RM6 juta hanya untuk kos tayar sahaja. Ia bermaksud belum termasuk perbelanjaan yang diperlukan bagi setiap krew yang bertugas.

Untuk tahun hadapan sebanyak 22 pusingan perlumbaan yang bakal diharungi oleh para pasukan yang bertanding maka secara tak langsung kos keseluruhan yang perlu dikeluarkan oleh pihak Michelin juga bakal meningkat.

Desas desus terkini pula pihak Pirelli telah menunjukkan minat untuk mengambil kontrak pembekal tunggal tayar MotoGP selepas kontrak Michelin dengan Dorna tamat nanti.

Comments

Follow Us