RM600,000 untuk kelengkapan elektronik sahaja.


Jentera MotoGP era kini sangat-sangat berbeza jika dibandingkan dengan era permulaannya. Jika kita kembali ke tahun sebelum 2010, jentera-jentera yang bertanding tidaklah sekompleks seperti sekarang.

Penambahbaikan itu perlu dalam proses pengembangan jentera maka sistem elektronik mula menjadi amat penting dalam usaha memastikan prestasi jentera berada dalam keadaan semakin baik. Ia digunakan bagi tujuan membantu para pelumba menjadikan jentera lebih stabil sepanjang perlumbaan berlangsung. 

Kelengkapan-kelengkapan elektronik ini bukanlah murah apatah lagi pada satu jentera terdapat puluhan sensor yang mengambil maklumat untuk diproses. Dikhabarkan harga keseluruhan sistem elektronik tersebut ialah RM600,000 bagi setiap jentera.

Comments

Follow Us