Safety Riding Challenge 2.0


Hanya RM30 yuran penyertaan SRC 2.0 (harga promo, harga asal RM95)

Apa anda dapat?

1. Setiap rider dapat voucher makanan di restaurant korea Oppadak Malaysia 오빠닭

2. Cenderahati dari Two Wheels Media (terhad 20 terawal)

3. Penyertaan lucky draw merupakan hadiah dari 

- RCB Malaysia

- CityWalk i-City

- MotoKazuto

- Bilmola Helmet

4. Belajar kemahiran / practice safety riding 

5. Penyertaan program Safety Riding Challenge dan peluang memenangi hadiah

6. Hadiah ekslusif dari Wah Motor Superbikes Sdn Bhd





KINI PENDAFTARAN KINI DIBUKA!!!

Program Safety Riding Challenge (SRC) Moto Gymkhana kembali lagi dan siri kedua ini bakal berlangsung pada 10 Disember 2023 dari jam 9.30 pagi sehingga 4 petang di City Walk, I-City, Shah Alam Selangor. 

Program yang mengetengahkan teknik tunggangan secara selamat serta perkongsian ilmu antara peserta tanpa mengira jenis jentera mendapat sambutan yang luar biasa semenjak diperkenalkan semula tahun ini. Antara objektif program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran penunggang, mengurangkan risiko ketika menunggang serta meningkatkan pengetahuan peserta.

Program ini terbuka kepada semua jenis motosikal tanpa mengira kuasa enjin (CC). Yuran penyertaan dengan harga promosi RM30 sahaja setiap orang (harga biasa RM95) membolehkan anda melakukan latihan serta catatan masa sepanjang program berlangsung didalam litar yang disediakan. Cabutan bertuah serta hadiah bagi penunggang selamat didalam sesi ‘time attack’ menanti peserta.

Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi pihak penganjur di talian - 011-2705 8838 / 019-271 1609

NOTA : 

* Kelengkapan menunggang wajib - helmet, glove, pelindung siku dan lutut, kasut bertutup serta berseluar panjang.

* Slot peserta adalah terhad dan hanya penyertaan melalui link tertera sahaja layak mendapat harga promosi RM30.

* Peserta yang ingin mendaftar pada hari program perlu membayar harga biasa RM95 jika masih terdapat slot kosong

Ayuh sertai kami nanti. Be defensive be advance rider with Safety Riding Challenge !!!!

#MySafetyRidingChallenge #SRC #MotoGymkhana #Icity #ShahAlam #safetyRidingChallenge

Comments

Follow Us