- Get link
- X
- Other Apps
Kejohanan MotoGP membariskan jentera-jentera terpantas di dunia dan ia dicipta khas hanya untuk berlumba. Oleh kerana itu ia digelar sebagai jentera 'prototype'. Dengan kata lain ia bukanlah jentera superbike yang boleh kita lihat di jalanan setiap hari.
Apabila dicipta untuk berlumba maka setiap inci pada jentera-jentera tersebut mesti berada pada tahap yang optimum dan sudah semestinya menelan kos yang besar.
Bagi pasukan Honda, jentera RC213V dihitung bernilai sehingga RM15 juta untuk sebuah. Pastinya perbezaan antara jentera-jentera yang bertanding tidaklah begitu jauh dan dikhabarkan jentera Yamaha M1 adalah yang paling mahal antara semua yang bertanding.
Comments
Post a Comment