- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Di kejohanan MotoGP terdapat 2 divisyen yang dibahagikan di mana adanya pasukan kilang dan ada juga pasukan satelit. Bagi pasukan satelit ini, ia bermakna terdapat pasukan daripada mana-mana pihak selain jenama jentera yang turut bertanding. Mereka bebas untuk memilih mana-mana jentera yang berdaftar dalam kejohanan pada tahun tersebut dan operasinya dikawal selia oleh pasukannya sendiri terutama dalam hal baik pulih. Pun begitu kebiasaannya pihak pengeluar akan turut menghulurkan bantuan bagi memacu prestasi pasukan satelit tadi.
Untuk turut bersaing di MotoGP, mana-mana pasukan boleh meletakkan sekurangnya seorang pelumba dan ia mesti dibekalkan dengan 2 buah jentera. Kebiasaan pihak pasukan satelit akan menyewa jentera-jentera daripada pihak pengeluar.
Untuk pengetahuan semua, bagi seorang pelumba, sebuah pasukan satelit haruslah mengeluarkan belanja sebanyak RM10 juta untuk 2 buah jentera. Tambahan, ia tidak termasuk dengan alat ganti yang mana pihak pasukan mesti membuat baik pulih terutama apabila pelumbanya mengalami kemalangan.
Walaubagaimanapun kini terdapat juga persetujuan yang ditawarkan oleh pihak pengeluar di mana sewaan yang ditetapkan telah termasuk dengan alat ganti. Sudah tentu kadar sewaan tersebut lebih tinggi namun pihak pengurusan pasukan satelit tidak perlu bimbang atau gusar lagi apabila pelumba mereka terjatuh.
Yang dilihat pada masa sekarang, setiap pasukan satelit mempunyai 2 pelumba dan bermakna mereka menguruskan 4 buah jentera. Ini bermakna kadar sewaan bagi jentera-jentera tersebut adalah RM20 juta.
Comments
Post a Comment