Adik beradik di atas podium adalah satu impian Marc

šŸ“·MotoGP

Umum mengetahui bahawa pasangan adik beradik dalam satu kejohanan MotoGP adalah tidak asing lagi. 

Kita pernah melihat tahun 2022, 3 pasangan adik beradik berlumba dalam satu musim iaitu Aleix Espargaro - Pol Espargaro, Brad Binder - Darryn Binder, dan Alex Marquez dan Marc Marquez. 

Kini, hanya tinggal 1 pasangan sahaja di kancah MotoGP dan mereka merupakan 1 pasukan ‘sekali lagi’. Mereka pernah bersama Repsol Honda pada 2020 namun tidak dapat melihat prestasi bersama kerana Marc cedera dan terpaksa bercuti panjang. 

Kini, mereka bergandingan sekali lagi bersama Gresini memacu jentera Ducati.

Pada pelancaran Gresini semalam, Marc memberitahu adalah satu impian jika beliau dapat berkongsi podium bersama adiknya iaitu Alex. 

Dengan jentera Ducati sekarang ini adalah sebuah senjata juara, pastinya kebarangkalian untuk terjadi sangat tinggi. Mampukah mereka melakukan hal tersebut? Kita nantikan

Comments

Follow Us