- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
š·MOTOGP
Apabila berkata hal berkaitan perlumbaan MotoGP sudah pasti anda akan membayangkan saingan yang kompetitif serta suatu debaran untuk mengetahui pelumba mana yang akan menjuarai saingan tersebut. Secara tidak sedar anda telah merangsang penghasilan hormon adrenalin dalam badan anda.
Hormon adrenalin juga dikenali sebagai hormon ‘fight-or-flight yang akan terjadi apabila berdepan dengan situasi seperti debaran, terkanan, ancaman dan bahaya. Perkara ini sememang tidak dapat dijangka bila akan berlaku tetapi perkara ini boleh dikawal apabila bedepan dengan situasi tersebut. Tambahan lagi, latihan seperti yoga, tai chi serta kerohanian (keagamaan) boleh membantu untuk mengawal keadaan apabila menghadapi situasi fight-or-flight.
Cuba anda mengimbau kembali pada tahun 2016 dimana Malaysia mempunyai 2 pelumba di grid dalam kelas Moto3 iaitu Khairul Idham Pawi (Super KIP) dan Adam Norrodin. Pada pusingan ke 2 di Argentina GP yang menyaksikan kedua-dua pelumba dari Malaysia menunjukkan prestasi yang membanggakan apabila Super KIP menjuarai perlumbaan tersebut.
Akan tetapi dalam perlumbaan tersebut banyak drama telah berlaku antaranya yang melibatkan pelumba negara iaitu Adam Norrodin dimana beliau telah hilang kawalan lalu terjatuh pada selekoh terakhir dalam perebutan podium, namun selepas terjatuh beliau menunjukkan tindak balas yang pantas apabila beliau bangun dan terus menolak jentera hingga ke garisan penamat dan berjaya menghabiskan perlumbaan di tempat yang ke 11.
Penulis: Zuarimi,A.
Sumber Rujukan
https://www.youtube.com/watch?v=VOFTL1d6-5M
https://www.healthline.com/health/adrenaline-rush https://www.verywellmind.com/what-is-the-fight-or-flight-response-2795194
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment