Beza Sepang Shakedown dan Sepang Test

📷Tech3 Racing

Rata-rata peminat permotoran yang baru berjinak-jinak dalam dunia MotoGP akan tertanya-tanya kenapa wujudnya dua ujian yang berbeza dilakukan di Sepang? Ujian pertama dinamakan Shakedown dan satu lagi adalah Sepang Test. Yang mana dibuka untuk pengunjung? Jom min citer. 

Berikut adalah perbezaan antara 2 ujian ini


SEPANG SHAKEDOWN

- Ujian tertutup yang hanya dilakukan oleh pelumba ujian setiap pengeluar dan pendatang baharu (Rookie) MotoGP. 
- Tugas pelumba ujian adalah untuk menguji lebih banyak ‘part-part’ baru yang mana paling berkesan pada jentera sebelum ianya digunakan oleh pelumba sebenar kelak.
- Rookie pula diberi peluang menunggang lebih banyak ‘mileage’ bersama jentera untuk lebih memahami dan mendapat keserasian terhadap jentera sebelum ujian sebenar berlangsung.
- penonton tidak dibenarkan hadir, hanya terbuka kepada pihak media dan yang berkaitan sahaja. 
- Catatan masa yang di ambil tidak dikira sebagai catatan masa rasmi dan tidak direkodkan. 


SEPANG TEST

- Ujian rasmi sebenar untuk MotoGP
- Disertai oleh kesemua pelumba sebenar dan pelumba Ujian. 
- penonton boleh hadir menyaksikan aksi di litar secara percuma namun tidak dapat dipastikan kos bayaran parking untuk tahun ini (sebelum ini percuma)
- catatan masa yang direkodkan adalah rasmi dan akan diambil kira.

Secara umum, kebanyakkannya pelumba ujian akan lebih menguji enjin baharu ketika ‘shakedown’ berbanding aerodinamik. Ini kerana mereka biasa menggunakan pakej aero yang lama bagi merasai perbezaan pada enjin terlebih dahulu sebelum menguji pakej aero baru ketika sesi ujian sebenar berlangsung.

Comments

Follow Us