- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Saban hari jentera MotoGP makin laju di litar dan setiap tahun pasti rekod kelajuan maksima serta catatan masa di litar akan pecahkan. Pelbagai langkah diambil oleh pengeluar serta pasukan agar jentera sentiasa stabil di litar agar jentera senang dipacu serta mengurangkan risiko kemalangan.
Bagi memenuhi keperluan peraturan penggunaan minyak bukan fossil dalam Kejohanan MotoGP menjelang tahun 2027 serta mengurangkan risiko kemalangan jentera di litar, perubahan kuasa enjin jentera lumba MotoGP bakal diturunkan kepada 850cc.
Beberapa pengurus serta pemilik pasukan MotoGP, termasuk Massimo Rivola tampil menyatakan pendapat perihal perubahan ini. Mereka senada mengatakan bahawa jentera MotoGP seharusnya lebih laju dari jentera didalam kejohanan dua roda lain seperti WorldSBK kerana perlumbaan MotoGP berasaskan perlumbaan jentera prototaip.
Pasti jurutera kini sibuk memerah otak untuk mencipta enjin 850cc yang dapat menandingi kuasa dihasilkan oleh enjin 1000cc.
Teruskan bersama Two Wheels..!
📷Michelin Motorsports
#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #MGPM #TW #MotoGP #1000cc #850cc
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment