Doping: Ambil tahu atau biarkan berlalu

 

šŸ“·MOTOGP

Apabila bercakap mengenai sukan, sudah semestinya ia akan melibatkan peraturan yang perlu dipatuhi oleh sesiapa yang terlibat dalam kancah tersebut, sesuatu peraturan diwujudkan pada asasnya adalah untuk mengimbangi sukan tersebut daripada berlaku berat sebelah yang akan menguntungkan sebelah pihak sahaja.

Sukan perlumbaan seperti kejuaraan MotoGP yang sudah diketahui umum dimana sukan MotoGP terdedah dengan risiko yang sangat tinggi disebabkan para pelumba berlumba dalam kelajuan yang tinggi dan berdepan dengan saingan yang ‘competitive’. Oleh kerana itu, peraturan di dalam sukan ini sangat perlu dititik beratkan bagi menjamin hak-hak pasukan yang bertanding.

Jika kita mengimbas kembali dalam 12 tahun ini, sukan permotoran MotoGP telah digemparkan dengan beberapa kes penyalahgunaan bahan terlarang sekaligus tidak melepasi ujian air kencing Anti-Doping yang dijalankan oleh pihak World Anti-Doping Agency (WADA) dibawah seliaan FIM, prosedur ini dilakukan kepada pelumba secara rawak (random test).

Hasil daripada ujian tersebut 2 pelumba telah didapati telah mengambil jenis bahan terlarang yang berbeza iaitu bekas pelumba kelas Moto2, Antony West yang positif Methylhexaneamine sejenis bahan perangsang bagi memberi tenaga tambahan pada tahun 2013.

Pelumba kedua merupakan bekas pelumba sensasi kelas perdana Motogp iaitu Andrea Iannone yang positif bahan terlarang Drostanolone Metabolite, sejenis bahan untuk membantu meningkatkan dan mengekalkan otot pada tahap optimum pada tahun 2019. Diatas sebab berikut mereka terpaksa akur menerima hukuman yang telah ditetapkan.

Oleh itu, bagi mengelakkan sebarang ketidakpastian mengenai bahan-bahan terlarang yang telah disenarai hitam, WADA telah memuat naik secara rasmi senarai terkini bahan-bahan terlarang bagi tahun 2024. Tambahan lagi, anda boleh merujuk kepada pautan pada bahagian sumber rujukan untuk melihat maklumat lanjut.

Penulis: Zuarimi,A. 

Sumber Rujukan

https://www.wada-ama.org/en/prohibited-list

https://www.wada-ama.org/sites/default/files/2023-09/2024list_en_final_22_september_2023.pdf

https://quest3plus.bpfk.gov.my/pmo2/index.php

https://sport.wetestyoutrust.com/certified-brands

https://sport.wetestyoutrust.com/sites/default/files/generated-pdf/file.pdf

Comments

Follow Us