- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
📷VR46 Racing |
Luca Marini mengaku bahawa fikiran Rossi sempat kusut dan kacau bilau apabila beliau ingin keluar daripada pasukannya.
Apatah lagi Rossi sendiri berasa masih kurang yakin dengan kemampuan jentera Honda yang berada di tahap paling buruk musim lepas.
Bercakap kepada Motorcycle news tempoh hari, Marini mengaku meminta izin dan pendapat daripada juara dunia 9 kali tersebut sebelum membuat pilihan. Rossi adalah orang pertama dihubungi olehnya untuk mendapat saranan.
Marini sempat dilema kerana beliau perlu memilih sama ada pasukan yang kurang bagus tetapi pasukan kilang, atau memilih pasukan VR46 dimana sudah pasti mempunyai senjata yang boleh membawanya juara.
Marini akhirnya lega mendapat persetujuan daripada Rossi untuk berpisah dengan pasukannya dan mendapat kontrak selama 2 tahun dimana sebelum ini Honda menawarkan hanya 1 tahun dengan harapan kembalinya Marc Marquez.
Menurutnya lagi, keputusan diambil atas dasar peluang ingin berada dalam pasukan kilang sambil membangunkan jentera dan dalam masa yang sama ingin keluar daripada bayangan ‘cable’ daripada abangnya Valentino Rossi.
“Ini adalah projek dapat mengembangkan saya sebagai pelumba MotoGP, pergi ke pasukan Kilang adalah impian dan target saya. Mengambil keputusan ini adalah sangat wajar dan menjadi adik Rossi tidak akan mengubah apa-apa pun bagi saya.” Tutupnya.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment