Marc sedar diri dan faham keadaan..

                                           ðŸ“¸ MotoGP

Semalam telah berlangsungnya majlis pelancaran Pasukan Gresini Racing MotoGP yang dibarisi oleh dua beradik juara dunia iaitu Marc Marquez dan Alex Marquez. Kelihatan 'livery' mereka buat musim ini tidak mempunyai perubahan yang ketara berbanding tahun lepas dan itu telah mengecewakan ramai peminat.

Memacu jentera terbaik dunia iaitu Ducati, Marc yang juga juara dunia sebanyak lapan kali akui bahawa jangkaan para peminat dan media ke atas dirinya adalah terlalu tinggi. Beliau dijoloki dengan gelaran juara dunia untuk tahun ini dan itu bermakna Marc perlu menewaskan Pecco dan Martin.

Menurut Marc, kedua pelumba Ducati tersebut merupakan pelumba yang sangat laju dan bukan mudah untuk bertarung dengan mereka. Keduanya juga telah mempunyai pengalaman yang agak lama dengan Desmosedici manakala buat Marc ini ialah tahun pertamanya dan sudah pasti banyak hal yang perlu dipelajari.

Marc buat masa ini menyatakan bahawa dirinya belum mempunyai keyakinan yang cukup untuk merebut gelaran juara dunia daripada Pecco. Strategi yang dipasang Marc ialah lebih fokus kepada satu persatu perlumbaan agar dirinya tidak begitu tertekan dan mampu memahami karakter jentera dengan cepat.

Memandangkan Ducati merupakan sebuah kem yang terbuka luas buat ke semua pelumbanya di mana setiap data pelumba dikongsi bersama maka Marc mengatakan bahawa beliau akan memanfaatkan apa yang ada supaya dapat belajar cara tunggangan Pecco dan Martin agar dirinya lebih cepat berkembang.

Comments

Post a Comment

Follow Us