MEM Moto Esports Club Kecewa dengan KBS

Presiden sukan elektronik MotoGP, MEM Esports Club Shahrul Nizam atau dikenali sebagai Atok, meluahkan kekecewaanya terhadap KBS dimana melambatkan proses sokongan sehingga tiba hari pertandingan dan akhirnya menggunakan duit sendiri.

Wakil yang mewakili Malaysia dalam kejohanan dunia MotoGP Esports Global Series iaitu Aisy Zikry atau lebih mesra dipanggil Eiky, akhirnya terpaksa menggunakan duit sendiri dan sedikit sponsor beberapa syarikat swasta untuk menampung perbelanjaan disana.

Dimaklumkan Atok memberitahu bahawa pihak kelab sudah membuat permohonan lebih awal dengan mengikuti segala prosedur yang telah ditetapkan untuk mendapatkan sedikit sokongan dana sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaannya disana.

Namun, perkara tersebut telah ditolak selepas mereka pulang dari kejohanan itu dan kini menunggu rayuan untuk mendapatkan kembali dana tersebut. 

Atok berkongsi di laman sosialnya bahawa, KBS Sepatutnya memberi lebih perhatian kerana, Persatuan MEM bukan cap ayam, ianya telah diiktiraf oleh DORNA dengan pengalaman penganjuran MotoGP Esports selama 4 tahun sebelum ini. DORNA sendiri telah melihat Malaysia diantara salah satu negara yang aktif membangunkan atlet MotoGP Esports. Malaysia bukan sahaja mempunyai bakat, sekaligus mempunyai pembangunan pemain termasuk keloloaan latihan yang disediakan dan pengurusan yang mapan.

KBS sebelum ini pernah berkata jika ada mana-mana pihak yang mampu membawa atlet ke peringkat antarabangsa, KBS akan membantu, namun sebaliknya berlaku kepada Eiky. Beliau juga kecewa KBS mampu memberi peruntukan kepada sukan seperti acara menonton bola sepak tapi tidak boleh menyumbang sedikit kepada program yang betul-betul menaikkan sukan membawa nama Malaysia seperti ini.

Beliau juga menambah ini adalah keterujaan kepada Malaysia sebenarnya kerana selepas 4 tahun, Eiky Akhirnya berjaya layak mewakili Malaysia ke peringkat dunia.

Atok Berharap pihak KBS sedar dengan potensi industri ini dan kerajaan seharusnya lebih reponsif dengan segala proses yang telah dibuat terutama dari segi pengurusan masa supaya tidak menyusahkan ramai pihak. sekiranya tidak berminat untuk menyokong, boleh bagitahu lebih awal dan bukanlah memberi harapan palsu.

VIDEO ASAL KEKECEWAAN MEM

Penulis : Semang

Comments

Follow Us