- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
📷ITALY24PRESS NEWS
Kejuaraan dunia sentiasa menjadi sasaran utama pelumba bagi setiap kelas tidak kira kelas moto3, moto2 mahupun kelas perdana MotoGP, perebutan takhta kejuaraan memberi gambaran watak seseorang pelumba itu sama ada mereka bersedia ataupun tidak bagi menjadi pencabar takhta kejuaraan dalam kelas masing-masing.
Selain itu, anda akan dapat melihat pelbagai reaksi yang akan ditonjolkan oleh para pelumba daripada situ anda mengetahui tahap motivasi pelumba berada pada paras yang bagaimana.
Terma motivasi terdiri daripada intrinsik dan ekstrinsik. Motivasi Intrinsik bermaksud motivasi yang datang daripada dalam diri, mengikut keinginan diri tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana faktor luaran, sebagai contoh “berlumba demi kebanggaan negara tercinta”.
Selain itu, Motivasi Ekstrinsik membawa makna kepada faktor luaran yang membawa
kepada keinginan untuk mencapai sesuatu sasaran seperti mendapat bayaran yang
besar serta dijanjikan keistimewaan apabila mencapai sasaran yang ditetapkan
oleh pihak penaja.
Justeru itu, mengambil kisah pelumba VR46 Academy
iaitu Andrea Migno yang terlepas seat untuk ke Moto2 pada tahun 2023 kerana
mengalami masalah kekurangan bajet untuk melobi kepada pasukan bagi kategori
tersebut.
Dalam pada itu Andrea Migno tidak sesekali patah
semangat dan terus menjalankan rutin latihan seperti biasa selain mendapat sokongan
moral yang kuat daripada pasukan VR46 Academy, siapa sangka dengan
berbekalkan motivasi yang tinggi sepanjang tahun 2023 Andrea Migno antara
pelumba yang sibuk apabila menjadi pelumba gantian bagi pasukan Moto3 CIP
Green Power Team dan melakukan sensasi dengan menduduki podium dalam GP
Argentina selain menjadi pelumba gantian bagi MotoE dan SBK kelas WSSP.
Oleh itu, anda boleh bayangkan apabila seseorang
pelumba memiliki gabungan Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik yang kuat apakah
hasil yang bakal dikecapi. Terus mengorak langkah atau duduk di takuk lama.
Penulis: Zuarimi,A.
Sumber Rujukan
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment