Penambahan bilangan pelumba diberikan.

                                    📸 Motorsport.com

Dalam kejohanan MotoGP, kategori terendah ialah Moto3 di mana jentera bersesaran 250cc diguna pakai oleh semua pelumba. Ke semua mereka menggunakan enjin yang sama namun berbeza chassis iaitu Honda dan KTM.

Kebanyakan pelumba yang menyertai kelas Moto3 ini datangnya daripada kejohanan RedBull Rookies Cup dan JuniorGP. Sebelum ini kita pernah melihat pelumba berusia semuda 16 tahun memulakan debut namun bermula tahun lepas umur minimum ditetapkan ialah 18 tahun.

Perubahan dibuat sekali lagi bermula musim ini di mana mereka yang bawah 18 tahun iaitu 17 tahun boleh menyertai saingan Moto3 namun mereka wajib berjaya menempatkan diri dalam kelompok 3 terbaik keseluruhan di kejohanan RedBull Rookies atau JuniorGP.

Pada musim lepas, keistimewaan sebegini hanya diberikan kepada sang juara sahaja namun kali ini pihak Dorna perkenan untuk perluaskan lagi menjadi 3 orang. 

Apapun tiada lagi pelumba yang berumur 16 tahun dapat menyertai kejohanan MotoGP baik di Moto3 mahu pun Moto2.

Comments

Follow Us