Red Bull keluar dari Honda

📷GASGAS TECH3


Umum mengetahui bahawa RedBull sah keluar daripada Repsol Honda musim ini. Tambahan pula bukan sahaja di website Honda, logo pasukan Repsol Honda juga dipadamkan daripada Website RedBull. 

Ini dikaitkan dengan prestasi yang kurang baik Honda tahun-tahun kebelakangan ini tambahan pula perginya andalan mereka, Marc Marquez. 

Desas desus kuat mengatakan RedBull akan mengikuti Juara Dunia 8 kali tersebut di Gresini kerana Marc adalah produk Red Bull daripada awal penglibatan lagi. 

Namun sebenarnya Gossip yang kuat kini tersebar adalah, RedBull bukan ke Gresini tetapi akan menaja pasukan GASGAS Tech3 Racing. Secara logik, perkara ini boleh terjadi kerana GASGAS sebenarnya adalah keluarga yang sama dengan KTM dimana RedBull menjadi penaja utama disana. 

Tambahan pula, new rising star, Pedro Acosta berada di GASGAS Tech3 musim ini. Sama ada pasti atau tidak, kita nantikan. 

Comments

Follow Us