Respon Bos Marc Marquez selepas memacu Ducati

📷Michelin Motorsports

Perpindahan Marc Marquez ke Ducati dalam pasukan Gresini Racing pastinya sangat ditunggu-tunggu semua pihak termasuklah bos dan pemilik Gresini sendiri iaitu Nadia Padovani. 

Beliau sangat teruja dengan kedatangan star Marc Marquez ke dalam pasukannya. Nadia memerhati dan memantau rapat penampilan Marc atas jentera GP 23. Kelihatan jelas raut wajah juara dunia 8 kali tersebut sangat puas dengan prestasi Desmosedici. 

Nadia menunggu di pit untuk Marc tiba ke Garaj dan ingin melihat ekspresi wajahnya selepas turun dari jentera tersebut. Ternyata jelas kelihatan senyuman kecil pada Marc dan membuatkan bos berkata, “Ok Here we go!”

Beliau amat gembira sekali dapat memuaskan hati Marc dan semestinya merasakan Marc telah buat keputusan yang tepat. Disamping itu, Marc juga mengambil masa sejam untuk berehat demi tidak mengambil risiko lebih. 

“Selepas apa yang dilaluinya tahun-tahun sebelumnya dengan jentera kurang baik, menyebabkan Marc terjatuh berkali-kali, nyata tidak mematahkan semangatnya” ungkap Nadia. 

Comments

Follow Us