Rossi kongsi pendapat tentang Marc Marquez bersama Ducati



MotoGP Legend, Valentino Rossi membuat jangkaan tentang prestasi Marc Marquez bersama Ducati musim ini. 

Berpindahnya Marc Marquez ke Ducati akan memberinya senjata yang lebih kuat untuk merebut gelaran juara dunia musim ini. 

“Perpindahan Marc ke Ducati adalah perkara menarik yang kita bakal lihat” ungkap Rossi kepada GPone sebelum Valencia Test. 

Rossi menyebut Marc akan merbahayakan pelumba lain dan pasukan mereka iaitu VR46 Racing team perlu berada dalam keadaan baik sepanjang musim. 

Perlumbaan terakhir Marc Marquez bersama Honda di Valencia nyata sedikit sebanyak mungkin akan meninggalkan satu titik hitam kepada Rossi kerana Marc menyentuh anak murid sekaligus pelumba pasukannya, Marco Bezzecchi. Akibatnya, pelumba tersebut kemalangan dan tidak menamatkan perlumbaan. 

Bezzecchi menyebut Marc Marquez adalah pelumba terkotor dalam MotoGP atas sebab monuvernya yang agresif. 

Dalam masa yang sama Rossi juga berkongsi tentang pasukannya dimana beliau ingin pasukannya mendapat jentera Spec Kilang kelak seperti Pramac.

Comments

Follow Us