VR46 Racing Team dipinang oleh KTM

📷Brake.GP

Umum mengetahui bahawa Yamaha kini sedang giat membuat perbincangan dengan pasukan VR46 Racing Team bagi menempatkan pasukan Satellite mereka bersamanya. 

Namun banyak faktor yang perlu difikirkan oleh VR46 kerana Yamaha belum dapat meyakinkan mereka untuk menjadi jentera juara akibat prestasi tahun lalu yang kurang memberangsangkan. 

Terbaharu, Boss VR46 Racing Team, Alessio Salucci, mengesahkan bahawa, bukan saja Yamaha, pihaknya juga mendapat pinangan KTM. Ini sangat mengejutkan kerana hampir mustahil KTM dapat mendekati VR46. Hubungan Rossi dengan Yamaha sangat baik dalam masa yang sama sebagai Duta Yamaha. 

Namun, belum try belum tahu, KTM kini juga giat mencari team satellite yang ke 3 bagi mendapatkan lebih banyak data dan menempatkan Pol Espargaro kembali menjadi pelumba sepenuh masa selepas memberi laluan kepada Pedro Acosta. 

Salucci berkata pihaknya kini sedang mempertimbangkan kedua-duanya kerana di Ducati, beliau berasa VR46 paling belakang dari segi layanan pihak Ducati berbanding pasukan Pramac dan Gresini. 

Sehingga sekarang, VR46 masih ingin Ducati memberi mereka jentera spec kilang namun masih belum dapat khabar berita setakat ini. 

Comments

Follow Us