Alvaro Bautista berasa rugi dengan regulasi baharu WSBK

 

📷WSBK / Bautista

Juara Dunia WSBK, Alvaro Bautista menyifatkan regulasi dan undang-undang baharu WSBK merugikan beliau.  

Beliau berkata mereka (pasukan lain) kuat mengeluh dan mencari alasan untuk menurunkan prestasinya. Bautista berpendapat dengan regulasi baharu iaitu pelumba dan jentera di tetapkan berat minimum, merugikan dirinya sahaja bukan mendekati yang lain dengannya. 

Alvaro bersama Honda 2020-2021, 📷WSBK

Lalu, beliau membandingkan dirinya sewaktu di Honda dahulu. Ketika itu beliau bergelut ingin mengejar kelompok hadapan namun ketika itu tiada apa perubahan yang dibuat untuk mendekatkan persaingan kejuaraan supaya nampak lebih menarik. 

“Sewaktu saya di Honda, tiada siapa mengeluh tentang masalah jumlah berat jentera ini. Tapi ketika saya mula meraih banyak kemenangan, mereka mula mengeluh tentang perkara ini.” 

“Mereka berkata jentera Ducati terlalu bagus dan mustahil untuk melawannya. Jadi mereka cadangkan perlu menurunkan RPM. Lalu mereka berkata lagi ok,  satu satunya pelumba yang menang adalah Bautista, dia terlau ringan, tapi semua ini alasan”. 

Alvaro berpendapat mereka tidak dapat menerima bahawa beliau adalah pelumba yang baik bukan kerana motor. Beliau juga berpendapat hasil sebelum ini iaitu juara dunia 125cc dan perebutan podium MotoGP, dapat membuktikan perkara tersebut. 

Beliau juga berpendapat jurang berat beliau dengan setiap pelumba tidak lah terlalu besar sehingga menganggu prestasi. Bautista beranggapan regulasi baharu ini bakal merugikan beliau kerana, beliau perlu menambah berat jentera dan perlu beradaptasi dengan jentera lebih banyak. 

Beliau juga memberi contoh seorang Aleix Espargaro yang giat bersenam untuk mencapai berat ideal kerana badan yang terlau tinggi

Comments

Follow Us