Enjin baharu Honda lebih tinggi kuasa.

                                      📸 Jesusrobledo

Untuk pantas di litar, sesebuah jentera perlukan nadi yang kuat dan ia ialah sebuah enjin. Walaubagaimanapun ia akan jadi sia-sia sekiranya bahagian-bahagian sokongan lain tidak mampu menyalurkan kuasa yang dibekalkan kepada tayar dengan baik. Dengan kata lain apabila berlaku banyak pembaziran kuasa maka jentera tetap tidak dapat bergerak pantas.

Honda sekarang sedang membuat rombakan besar-besaran terhadap jentera mereka supaya mampu bertarung di MotoGP dengan lebih baik. Perubahan yang dibuat termasuklah pada bahagian enjin dan juga luaran.

Bagi Luca kuasa yang dihemburkan oleh enjin baharu Honda tidaklah buruk malah melalui data ia menunjukkan lebih berkuasa berbanding enjin sebelumnya. Walaubagaimanapun Luca mengeluh panjang kerana apabila memacu di atas litar, cengkaman tayar dirasakan hilang dan kesannya jentera tak dapat bergerak laju. 

Dilanjutkan komennya, beliau hanya mampu bertahan pantas apabila membuat 'slip stream' di belakang jentera lain. Luca berharap supaya pihak HRC mampu menyelesaikan masalah ini secepatnya memandangkan kelebihan pada tunjang utama iaitu enjin sudah pun dimiliki.

Comments

Follow Us