HRC serius berubah.

                                 ðŸ“¸ Box Repsol & MotoGP

Honda merupakan satu kem yang mempunyai nama besar di arena MotoGP. Mereka boleh dikatakan pasukan super kayangan dan menjadi impian bagi semua pelumba untuk menyarung 'suit' bercorak Repsol.

Setelah mempunyai jalan buntu apabila pelumba harapan mereka, Marc Marquez tetap tidak dapat bersaing merebut gelaran juara dunia selepas kembali daripada kecederaan, HRC mula melakukan rombakan secara besar-besaran. Baik di sudut tenaga kerja mahupun penghasilan jentera, Honda memerah segala kebijaksanaan dan pengalaman yang dimiliki bagi memulihkan nama baik mereka.

Luca Marini merupakan pelumba baharu HRC selepas berpindah dari kem Ducati. Beliau pada sesi ujian pertama yang diadakan di Valencia lalu langsung dibekalkan RC213V 2024 dan bukannya jentera 'bekas' Marc. Ini kerana HRC tidak ingin membuang masa membaiki jentera mereka tersebut namun akan terus kepada projek baru.

Disambung pada sesi ujian rasmi kedua di Sepang, Luca mengatakan terdapat perbezaan yang sungguh ketara terhadap RC213V yang dipacunya di Valencia lalu. Di sudut kestabilan terutamanya amat baik jentera itu beraksi dan Luca amat sukakannya. Segala perkara yang dikomentarnya dahulu telah diambil kira oleh HRC dan turut dibekalkan 'perkakas' lain yang diminta bagi kesesuaian dengan ketinggian dirinya.

Layanan istimewa tersebut membuatkan Luca bertambah semangat untuk terus fokus bekerja demi mengembalikan nama Honda kembali teratas. Kali ini beliau merasakan perubahan yang ketara apabila bekerja di pasukan kilang berbanding satelit. Beliau yakin yang dirinya sememangnya layak memikul tanggungjawab sebagai pelumba utama.

Comments

Follow Us