Kem Honda hadapi hal yang tak dapat dielakkan ketika Qatar Test.


Ramai yang memperlekehkan Honda pada sesi ujian rasmi yang diadakan di Qatar baru-baru ini. Dengan keputusan pada hari terakhir di mana pelumba-pelumba Honda tidak mampu berada di kedudukan teratas malah hampir tercorot daripada kedua pelumba utama mereka.

Banyak kelengkapan baharu yang dibawa ke sana dan perlu diuji sehabis baik oleh kesemua pelumba yang ada namun prosesnya sedikit terganggu apabila Joan Mir dan Luca Marini mengalami masalah kesihatan. Luca telah mengalami sakit perut dan cirit lalu menjadikan dirinya kurang bertenaga untuk dua hari tersebut. Bagi Mir pula beliau diserang sedikit demam namun tidak begitu teruk.

Apapun itu perkara lumrah dalam dunia permotoran. Tidak selalu perkara yang diingini akan diperoleh kerana banyak perkara di luar kawalan boleh terjadi.

Comments

Follow Us