Luigi Dall’igna kecewa


Luigi Dall’igna mengaku perpindahan Max Bartolini ke Yamaha membuatnya kecewa. 

Perpisahan tersebut sangat menusuk kalbu oleh kerana Bartolini diibaratkan sebagai tangan kanan Ducati yang sangat mengenali jentera Desmosedici dan juga sebagai sahabat.

“Max telah bekerja dengan saya sejak sekian lama bertahun-tahun dan merupakan orang penting dalam Ducati Corse. Ini kerana pengalaman dan pengetahuannya tentang rahsia jentera Ducati kemungkinan boleh dibocorkan kepada Yamaha”

“Saya sangat kecewa melihatnya pergi kerana pengalamannya dalam bidang teknikal dan juga sebagai seorang yang rapat secara peribadi. Katanya lagi,sinonimnya beliau dengan Ducati sehingga Max dikenali sebagai ‘bapa Ducati’ di seluruh paddock.”

Walaubagaimanapun, Luigi memahami atas peluang yang ditawarkan oleh Yamaha kepada beliau dan memahami alasan kenapa Max menerimanya. 

“Max telah mengambil langkah penting dalam kerjayanya, jadi saya faham situasi yang dihadapinya dan saya juga tidak boleh berkata apa-apa.”

“Saya sedar bahawa tidak mungkin beliau dapat menolak jika Yamaha memberikan beliau tawaran yang menarik yang diterimanya. Walaubagaimanapun ini sebahagian daripada permainan dan anda harus menerimanya.” Tutup Luigi. 

Comments

Follow Us