Marc tenang belajar, tidak terlalu menekan diri..


Pada sesi ujian rasmi, para pelumba dan pasukan mempunyai target masing-masing kerana berada dalam situasi yang berbeza. Ada yang giat mecuba peralatan baharu seperti Pecco dan Martin, dan ada juga yang sedang dalam proses mengenali jentera seperti Marc Marquez dan Pedro Acosta.

Mengulas apa yang dicari dan dititikberatkan oleh pelumba berpengalaman, Marc tenang mengatakan bahawa beliau tidak begitu fokus kepada catatan masa kerana keserasiannya dengan Desmosedici GP23 belom dapat dirasai sepenuhnya. Berbeza dengan situasi beliau ketika bersama Honda dahulu, apabila turun sahaja ke litar pada hari pertama maka langsung mengejar catatan masa terpantas seperti apa yang dilakukan oleh Jorge Martin di Sepang baru-baru ini.

Hal yang diambil serius oleh Marc dan pasukan ialah membuat banyak pusingan dan mencari ketetapan terbaik supaya konsistensi dengan catatan masa yang dibuat dapat diperoleh. Konsistensi itu menandakan bahawa beliau mula selesa dengan jentera Ducati tersebut. Pun begitu, dalam tiga hari sesi ujian rasmi tersebut, jentera Marc telah mengalami kerosakan sebanyak 4 kali.

Walaubagaimanapun itu tidaklah bermakna beliau langsung tidak mengejar masa. Hanya satu sesi di mana Marc betul-betul fokus untuk 'time-attack'. Ada pun selebihmya dalam tempoh tiga hari tersebut, beliau lebih fokus terhadap simulasi perlumbaan.

Satu hal yang langsung tidak dikeluh Marc ialah jentera yang dipacunya adalah tidak sama dengan apa yang diguna oleh adiknya. Marc mengenakan versi Johan Zarco manakala Alex adalah daripada Jorge Martin. Yang jelas, terdapat perbezaan ketara di sudut aerodinamik namun Marc tidak menjadikannya alasan apatah lagi mengatakan ia ialah satu halangan besar untuk mara ke depan.

Comments

Follow Us