Perlu perubahan segera - Pit Beirer


Jentera MotoGP kini mencecah kelajuan maksima sehingga 350km/j di litar dan aero diperkenalkan ketika era moden MotoGP agar jentera stabil ketika bersaing. Umum mengetahui FIM dan Dorna merancang untuk menurunkan kuasa jentera MotoGP kepada 850cc menjelang saingan musim 2027, seiring dengan penggunaan bahanapi mesra alam (bio fuel) dan penamatan penggunaan aero keatas jentera.

Perkara ini diterima baik oleh pasukan serta pemerhati MotoGP hinggakan bekas pelumba MotoGP, Casey Stoner juga berpendapat penggunaan aero keatas jentera pada saingan MotoGP kini tidak sesuai dan tidak menampakkan bakat sebenar pelumba di litar.

Bagi Pengarah Sukan Permotoran KTM, Pit beirer pula penggunaan aero keatas jentera MotoGP perlulah dihentikan segera dan tidak perlu menunggu sehingga tahun 2027. Bagi beliau, kos pembangunan aero keatas jentera MotoGP amatlah tinggi serta mengambil masa terlalu lama, hinggakan pasukan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pembangunan lain pada jentera.

Untuk rekod, secara umumnya penggunaan aero yang tepat keatas jentera MotoGP memberi kelebihan kepada pasukan ketika bersaing di litar dan setakat ini pelopor aero iaitu Ducati amat bergantung kepada pembangunan aero untuk kestabilan serta memaksimakan potensi sebenar jentera mereka.

Teruskan bersama Two Wheels..!

📷 Red Bull KTM

Comments

Follow Us