Saya sudah mula berbincang dengan pasukan lain - Fabio


Secara dasarnya musim MotoGP 2024 belum bermula selagi perlumbaan pembukaan di Qatar tidak berlangsung namun pelumba Pasukan Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo sudah mula merancang masa depan beliau ekoran prestasi hambar jentera Yamaha ketika sesi ujian di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS.

Bercakap kepada wartawan dari Motornation, Fabio mengakui jentera Yamaha kini mampu mencapai kelajuan maksima yang tinggi namun ianya masih sebuah jentera yang sukar untuk dikawal dan kurang stabil serta tidak bertenaga diselekoh. Tambah Fabio, dengan keadaan semasa jentera Yamaha sangat tidak kompetatif berbanding jentera lain di grid, menyukarkan beliau untuk bersaing mengejar kejuaraan.

“Kini saya mula memikirkan masa hadapan saya untuk musim hadapan dan secara dasarnya tidak bersama Yamaha. Saya sudah mula melakukan perbincangan awal bersama pasukan MotoGP yang lain dan satu pasukan amat serius untuk belerjasama dengan saya” - ujar Fabio didalam wawancara tersebut.

Jika Fabio membuat keputusan untuk menarik diri dari Yamaha apabila kontrak antara mereka tamat menjelang penghujung musim ini, kemanakah beliau akan berhijrah? Mengikuti jejak langkah Marc Marquez ke Ducati?

Teruskan bersama Two Wheels..!

📷 Fabio Quartararo

Comments

Follow Us