Top Speed Yamaha di Sepang Test ‘palsu’.

📷GPone

Usai tamatnya Sepang test tempoh hari, Yamaha mencatatkan top speed tertinggi iaitu 338.5kmj, berbanding pengeluar yang lain. Walaupun dikatakan Yamaha bergelut untuk bersaing, namun jentera M1 terbaharu ini nyata lebih pantas dari segi top speed. 

Namun, apa yang menariknya adalah, Team Manager pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP, Massimo Meregali menyifatkan top speed yang dicatatkan di Sepang tersebut adalah ‘palsu’. Namun dalam masa yang sama percaya kebolehan sistem brek terbaharu mereka itu. 

Maksud ‘palsu’disini adalah mereka berpendapat Top Speed yang dicatatkan tersebut berkat skill daripada Fabio Quartararo yang mampu membrek lebih lambat sebelum selekoh tepat pada peranti ‘speed trap’.

“Kami bukan sahaja membaik pulih enjin, kami telah memperbaiki gaya keluar selekoh dan kini jentera kami kurang ‘wheelie’. Kami dapat membuat pecutan lebih baik ketika keluar selekoh berbanding jentera musim lalu”

Walaubagaimanapun Yamaha kini berpuas hati peningkatan yang berjaya dilakukan mereka dan optimis untuk bersaing di perlumbaan MotoGP musim ini. 

Comments

Follow Us