Yang lama lebih baik, lebih seimbang.


Pada sesi ujian rasmi kali ini, antara jentera yang dilihat dengan jelas melalui fasa perubahan ialah RS-GP daripada Aprilia. Bermula dari bahagian hadapan jentera seperti fork wings hinggalah ke bahagian ekor, ia sangat berbeza di sudut reka bentuk.

Maverick Vinales memberi komennya terhadap jentera baharu Aprilia bagi saingan MotoGP musim ini dengan nada tidak berapa positif. Secara umumnya, perubahan-perubahan tersebut telah membuatkan  berat jentera ketika meluru laju di atas litar tidak begitu seimbang iaitu terlampau berat di bahagian hadapan. Ini menjadikan ia meminta lebih tenaga kerja daripada pelumba dan akhirnya memakan masa.

Pada sesi ujian hari terakhir, Maverick telah memilih ekor dan fork wings model tahun lepas sebagai ketetapan untuknya melakukan 'time-attack' dan seterusnya 'race simulation'. Beliau lebih selesa dan gemarkan ketetapan tersebut.

Comments

Follow Us