ASPEK BANTUAN ERGOGENIK DIGUNAKAN UNTUK MENCAPAI PUNCAK PRESTASI

📷MOTOGP

ASPEK BANTUAN ERGOGENIK DIGUNAKAN UNTUK MENCAPAI PUNCAK PRESTASI

Apabila mengatakan tentang bantuan ergogenik hal ini akan memberi seribu satu muslihat bagi meningkatkan prestasi hingga ke tahap yang maksimum. Pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan MOTOGP pasti tidak akan membuang masa walaupun seminit bagi memastikan pembaharuan yang dilakukan akan membuahkan hasil pada masa yang tepat.

Bantuan Ergogenik merupakan formula untuk mempertingkatkan prestasi dengan apa jua bentuk bantuan yang boleh memberikan kelebihan dari segi fizikal atau mental kepada atlet ketika bertanding atau persiapan untuk bertanding. Selain itu, penggunaan bantuan ergogenik adalah dalam pelbagai bentuk sehingga kepada penggunaan kaedah dan bahan terlarang.

MOTOGP 2024 baru sahaja membuka tirai pada minggu lalu di Litar Antarabangsa Losail, Qatar. Jika dapat dilihat kesemua jentera tampil dengan livery yang segar lagi menawan bagi memberi signal mereka ada misi yang tersendiri pada musim 2024. Kesemua pasukan telah memanfaatkan sepenuhnya sesi winter test serta pre-season test bagi memilih setup yang sesuai dan dapat diperhatikan banyak penambahan komponen-komponen seperti winglet bagi membantu prestasi jentera ke tahap yang maksimum.

Prestasi pasukan yang menggunakan jentera Ducati masih gah dipersada podium seperti tiada tandingan yang boleh diberikan kerana jentera Ducati berada dalam kelasnya tersendiri. Jentera Ducati pada tahun ini tidak meletakkan mereka di tempat yang selesa walaupun telah menyapu bersih kejuaraan yang dipertandingkan pada tahun lalu, dimana mereka juga terus melakukan R&D terhadap jentera mereka dengan menyesuaikan komponen-komponen seperti winglet dan fairing bagi menambahkan prestasi pada jentera.

Bagi jentera KTM pula, ianya telah menunjukkan peningkatan pada jentera sehingga mampu untuk mengejar kedudukan podium dalam perlumbaan pertama di Qatar. Perkembangan ini sangat memberangsangkan bagi kem KTM yang semakin menunjukkan mereka juga mahu bersaing untuk mendapatkan gelaran juara dunia. Di tambah dengan adanya pelumba rookie yang sangat agresif tidak mustahil KTM boleh merampas salah satu kejuaraan pada tahun ini.

Jentera Aprilia juga tidak kurang hebatnya untuk bersaing dalam kelompok hadapan di dalam perlumbaan. Pada tahun 2024 jentera Aprilia tampil dengan wajah yang berbeza kelihatan lebih compact dan kemas dari segi winglet dan fairing yang telah dikemaskini. Oleh itu, dengan adanya teknologi yang canggih di zaman moden ini menandakan persaingan lebih terbuka sekiranya pasukan-pasukan yang bertanding bijak mengambil peluang dan ruang yang disediakan bagi mempersiapkan jentera yang terbaik untuk bergelar juara dunia.

Penulis: Zuarimi,A.

Comments

Follow Us