CIRI-CIRI KUASA SUKAN DUNIA

📷NADIA PADOVANI

CIRI-CIRI KUASA SUKAN DUNIA

Untuk menjadi juara dunia bukan satu perkara yang mudah ianya memerlukan komitmen yang sangat tinggi malah luar dari kemampuan biasa bagi merangka perancangan untuk mencapai sasaran pada masa yang tepat. Perkara sebegini agak mustahil sekiranya dilakukan secara berseorangan kerana bagi merungkai perancangan dan penetapan sasaran secara terperinci memerlukan saranan yang bernas daripada pelbagai pihak untuk mengelakkan hasil yang syok sendiri diperolehi. Oleh itu, bagi merealisasikan impian ini seharusnya memiliki sebuah pasukan yang mampu merencana perincian rancangan dalam segala aspek bagi mencapai sasaran pada masa yang ditetapkan.

Musim 2024 telah membuka tirainya di Litar Antarabangsa Losail, Qatar dimana menunjukkan dominasi daripada pasukan yang menggunakan jentera Ducati telah memenuhi senarai 10 teratas dalam perlumbaan utama. Hal ini demikian telah menunjukkan bahawa pasukan seperti Ducati Lenovo, Pramac Ducati, Gresini Ducati serta Pasukan Reb Bull KTM memiliki ciri-ciri kuasa sukan dunia bagi merebut gelaran juara dunia sekali gus telah meletakkan penanda aras untuk menjadi yang terbaik di dunia seharusnya perlu menandingi mereka terlebih dahulu.

Ciri-ciri kuasa sukan dunia terdiri daripada menguasai pengetahuan teknikal sukan, melopori trend baharu ataupun semasa dalam sukan, adanya sistem masyarakat yang bersinergi dengan kecemerlangan dan pembudayaan sukan berasaskan pendekatan saintifik. Ini dapat dilihat menerusi Pasukan Ducati Lenovo yang ketuai oleh Luigi@gigi Dall’lgna dan Davide Tardozzi menunjukkan kebijaksanaan dengan gaya tersendiri mengurus pasukan tersebut hingga sentiasa kekal kompetitif bagi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada tahu lalu.

Tidak kurang hebat juga Pasukan Gresini Ducati yang menonjolkan sifat keakraban kekeluargaan oleh mami Nadia Padovani (isteri kepada mendiang Fausto Gresini) dalam pasukan serta kepada adik-beradik Marquez. Kemesraan ini dapat diperhatikan semasa dalam mahupun diluar paddock, perkara ini juga membuatkan pasukan sentiasa dalam keadaan yang harmoni dan tiada tekanan bagi menghadapi suasana yang tegang semasa minggu perlumbaan. Maka disini anda boleh melihat contoh bagi mempersiapkan halatuju yang ingin dirangka bagi menghadapi tahun 2024, ingatlah segalanya tidak mustahil.

Penulis: Zuarimi,A.

Comments

Follow Us