Dari MotoGP ke ARRC?


Mekanik tempatan yang kini bertugas di arena MotoGP, Habib Fuad merupakan seorang yang sangat berpengalaman dalam dunia perlumbaan motorsikal. Insan yang penting bagi menyediakan jentera dalam keadaan baik supaya berjaya mengharungi perlumbaan tanpa sebarang masalah.

Dalam laman tiktok baru-baru ini, pada ruangan komen, Habib memberi bayangan akan berkhidmat kembali kepada Hafiz Syahrin yang kini berlumba bersama JDT Racing. Habib memberitahu bahawa beliau boleh bekerja dalam dua arena pada masa sama dan seterusnya memperlihatkan bahawa tiada sebarang masalah di bahagian beliau untuk 'turun' ke kejohanan yang jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan MotoGP.

Ramai pengikut beliau memandang positif akan hal tersebut sekiranya menjadi realiti kerana rata-rata amat yakin bahawa TMJ tidak akan statik di arena asia semata-mata dan pasti akan berada di kejohanan dunia satu hari nanti. Oleh sebab itu peluang dan ruang bagi Habib untuk kekal berada di persada dunia tetap terjamin apabila bersama JDT Racing.

Comments

Follow Us