Kerusi panas Ducati Lenovo 2025


Menjelang perlumbaan pembukaan MotoGP musim 2024, Pecco Bagnaia kini boleh menarik nafas lega apabila kontrak beliau disambung sehingga penghujung musim 2026. Ianya sedikit sebanyak dapat menaikkan moral beliau untuk terus berusaha mempertahankan kejuaraan untuk musim ini.

Empat pelumba dikaitkan untuk menjadi calon rakan sepasukan Pecco pada musim hadapan iaitu Enea Bastianini, Jorge Martin, Marc Marquez dan Marco Bezzecchi.

Seperti kita sedia maklum, prestasi Enea kurang menyerlah semenjak beliau berpindah ke pasukan kilang Ducati ekoran kecederaan yang dialami beliau namun akhir-akhir ini prestasi beliau kembali membaik. Semestinya beliau akan berusaha sehabis baik musim ini untuk cuba mengekalkan tempat beliau di pasukan utama Ducati.

Walaupun mendapat sokongan penuh Ducati, Jorge Martin masih tidak berpuas hati apabila kekal di pasukan satelit Ducati dan beliau masih menagih janji Ducati untuk menempatkan beliau di pasukan utama. Beliau acap kali menyuarakan ketidakpuasan hati dan menyatakan beliau harus berada di pasukan kilang. Pasti beliau akan berpindah ke pasukan kilang lain jika beliau tidak mendapat tempat disamping Pecco musim hadapan.

Seperti yang kita sedia maklum, tempoh kontrak Marc Marquez bersama Ducati hanyalah setahun iaitu sehingga penghujung musim ini dan pastinya beliau mengintai peluang berpindah ke pasukan kilang terutama Ducati pada tahun 2025.

Anak didik Valentino Rossi, Marco Bezzecchi menghadapi masa sukar musim lalu namun beliau berharap dapat bangkit pada musim ini, membuktikan beliau layak untuk ke pasukan utama Ducati musim depan.

Siapakah yang bakal bersama Pecco didalam Pasukan Ducati Lenovo musim depan? Sama-sama kita nantikan.

Teruskan bersama Two Wheels..!

📷 MotoGP

#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #MGPM #TW #MotoGP #Ducati #Lenovo #2025

Comments

Follow Us