Marc masih berbisa.


Selepas dua perlumbaan MotoGP berlangsung, desas desus berkenaan perpindahan para pelumba kian kuat bertiup dan kini ia mula berkait dengan juara dunia 8 kali, Marc Marquez.

Marc menjadi perhatian para peminat, media dan mereka yang terlibat dalam arena MotoGP sejak bermula sesi ujian rasmi pertama iaitu Valencia Test tahun lalu. Ini kerana beliau mula beralih angin dengan memacu jentera terbaik di MotoGP iaitu Ducati. Ramai yang ingin melihat adakah beliau mampu bersaing di bahagian hadapan perlumbaan atau tidak dan ternyata kini Marc sering bertarung untuk kedudukan podium.

Melihat keadaan Marc yang cepat beradaptasi dan menjadi kompetetif, Gigi Dalligna yang merupakan 'mastermind' bagi kem Ducati memuji persembahan yang telah ditunjukkan oleh pelumba Sepanyol tersebut. Kini gosip terbaru dikhabarkan bahawa Gigi berminat untuk kekalkan Marc bagi tahun hadapan di Ducati namun tidak dinyatakan di pasukan mana.

Pada tahun lepas, Marc telah mendapat tawaran kontrak 2 tahun daripada Prima Pramac Racing namun ditolaknya dan memilih tempoh setahun bersama Gresini Racing. Tidak diketahui alasan konkritnya dan ia kekal rahsia sehingga kini. Walaubagaimanapun, bekas pelumba Ducati, Jorge Lorenzo meramalkan Marc bakal ke pasukan utama Ducati tahun hadapan bergandingan dengan Pecco Bagnaia.

Comments

Follow Us