Misteri ‘salad box’ pada jentera Yuzy Racing

 


Pada era moden MotoGP, hampir kesemua jentera MotoGP mempunyai kotak dibawah bahagian ekor jentera mereka atau lebih dikenali ‘salad box’, menempatkan beberapa komponen elektronik termasuk ‘mass damper’ namun menariknya, ketika Kejohanan Petronas MAM Malaysian Cub Prix di Jasin, Melaka tempohari, jelas kelihatan ‘salad box’ pada jentera Honda RSX milik Pasukan Honda Yuzy Estremo.

Apakah misteri disebalik pengenalan ‘salad box’ oleh Pasukan Yuzy Racing? Dari maklumat yang kami perolehi, ianya menempatkan bateri untuk memberi tenaga kepada peralatan elektronik pada jentera.
Adakah ada rahsia lain pada jentera RSX ini? Adakah dengan pengenalan ‘salad box’ pada jentera RSX ini memberi lebih keseimbangan kepada jentera, dengan erti kata lain ‘weight distribution’?

Teruskan bersama Two Wheels..!

#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #MGPM #MCP #YuzyRacing

Comments

Follow Us