Perjumpaan telah diadakan.


Baru sahaja sertai dunia permotoran dan berjaya harungi satu pusingan perlumbaan, Pasukan JDT Racing boleh dikira sebagai 'bayi' namun auranya cukup luar biasa sehingga mampu menarik perhatian dan minat ramai pihak.

Tidak salah jika kita katakan bahawa JDT itu sendiri merupakan satu jenama. Ia dibawa dan dijulang dalam pelbagai arena sukan seperti bola sepak, hoki ais dan lain-lain lagi. Yang terkini mereka melebarkan lagi sayapnya dan ceburkan diri dalam dunia perlumbaan pula.

Disebabkan jenama JDT itu cukup gah bukan hanya di negara kita malah di asia menjadi bukti bahawa cara kerja mereka amat professional serta hala tuju juga jelas untuk merangkul gelaran juara dalam semua bidang sukan yang disertai.

Pada 27 Mac lalu, pihak Petronas telah mengunjungi TMJ dan dipercayai ia melibatkan perbincangan perihal sukan lumba motorsikal. Sudah tentu semua pasti mengagak bahawa jenama minyak gah dunia tersebut berminat untuk menaja Pasukan JDT yang kini beraksi di ARRC melalui pelumba terkemuka negara, Hafiz Syahrin. 

Buat masa ini belum dikeluarkan kenyataan rasmi daripada kedua-dua pihak berkenaan hal tersebut dan pastinya peminat-peminat Hafiz terutamanya, teruja melihat kerjasama terjalin kembali antara beliau dan Petronas. Melalui pengurusan JDT yang cekap dan professional, pasti keduanya akan terus berkembang hingga ke pentas dunia satu masa nanti.

Comments

Follow Us