- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pasti pelumba, pasukan serta peminat ternanti-nantikan era baru MotoGP yang bakal bermula tahun 2027 dimana beberapa aspek akan berubah ekoran pengenalan peraturan baharu kejohanan. Antara yang bakal berubah adalah enjin, penggunaan bahanapi mesra alam, penggunaan aero serta alat bantuan tunggangan (riding aid).
Dari segi enjin, kesemua jentera MotoGP bakal menggunakan enjin berkapasiti 850cc agar kuasa jentera berkurang dan mudah untuk dikendalikan didalam litar kelak.
Dengan pengurangan kapasiti enjin juga, bahanapi perlumbaan akan mengalami perubahan drastik iaitu dengan pengenalan 40% campuran bahanapi mesra alam (bio fuel) menjelang musim 2025 dan dijangka bakal mencapai 100% penggunaan bahanapi bio menjelang musim 2027.
Penggunaan aero (winglet) serta alat bantuan tunggangan (riding aid) seperti ‘ride height device’ dan lain-lain akan dihapuskan menjelang musim 2027 agar pelumba dapat bersaing sesama sendiri dengan lebih sihat.
Semestinya perubahan-perubahan ini bakal mewarnai era baru MotoGP dan ianya juga difikirkan perlu agar sukan permotoran paling berprestij di dunia ini lebih selamat.
Teruskan bersama Two Wheels..!
📷 MotoGP
#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #MGPM #TW #MotoGP #2027
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment