Tidak rugikah masa depan Martin?


Dalam keadaan ramai pelumba mengejar untuk berada di kem Ducati dek kerana jentera mereka adalah yang terbaik buat masa ini, namun lain pula yang dilihat oleh pelumba sensasi mereka di Pramac Racing, Jorge Martin. 

Telah disahkan oleh pengurus Pasukan Pramac bahawa Jorge Martin tidak berminat untuk teruskan kerjasama antara mereka selepas tamat kontrak beliau iaitu pada hujung 2024. 

Martin yang jelas memperlihatkan bahawa keinginan beliau untuk menyarung 'suit' pasukan kilang tekad akan mengambil langkah untuk keluar sahaja daripada Ducati jika tempat di Lenovo Ducati tiada baginya pada musim hadapan.

Jelas bahawa Martin tidak kisah jika dapat tempat di pasukan lain asalkan ianya kilang dan berani untuk meninggalkan jentera terbaik di MotoGP sekarang ini. Walaupun begitu, beliau masih bertekad kuat untuk menjadi juara dunia pada tahun ini selepas bersaing hebat tahun lepas dengan Pecco.

Kesan daripada keputusan beliau ini maka jenteranya sudah tentu tidak akan mendapat sebarang pembaharuan dan akan dibekukan seperti mana yang terjadi kepada Johan Zarco pada tahun lepas. Namun setakat ini tiada maklum balas rasmi daripada pihak Ducati sendiri berkenaan hal ini.

Comments

Follow Us