Come back would be real...


37 gelaran juara dunia telah dicatatkan oleh para pelumba sebuah pengeluar motorsikal dunia, Meccaneca Verghera Agusta. Mereka mendominasi perlumbaan dua roda dunia pada satu ketika dahulu iaitu sekitar Tahun 1952 hingga 1973 di kategori 500cc, 350cc, 250cc dan 125cc. Antara nama lagenda permotoran yang telah menjulang nama MV Agusta ialah Giacomo Agustini, John Surtees dan Mike Hailwood.

Kini setelah pegangan saham pengeluar Itali ini didominasi oleh KTM, maka tanpa berselindung Pit Beirer memberi bayangan yang jelas bahawa MV akan dimasukkan kembali ke arena MotoGP. Ini bermakna MV akan sertai dengan jenama sendiri sebagai pengeluar dan pada masa yang sama akan membuka satu slot pasukan satelit secara automatik. Maka dengan itu KTM akan mengambil slot satelit tersebut dan meletakkan 6 pelumba bersama jentera mereka.

Pembangunan MV Agusta nanti akan dilaksanakan sendiri oleh mereka dan bukannya menggunakan projek KTM kerana ia antara syarat utama untuk menjadi 'factory'. Ia berbeza dengan Gas-gas sekarang yang mana hanya menggunakan nama factory tetapi jentera dan pembangunan dilaksanakan oleh KTM. Oleh sebab itu Gas-gas factory kekal menjadi satelit KTM.

Walaubagaimanapun tidak dinyatakan bila hal ini akan terjadi namun kebanyakan media antarabangsa mempercayai bahawa ia adalah pada Tahun 2026.

Comments

Follow Us