on
AmericasGP
cota
MotoGP
- Get link
- X
- Other Apps
Dikhabarkan Pramac Racing kini dalam proses perbincangan yang serius untuk menjadi pasukan satelit Yamaha bermula musim hadapan dan ternyata berita ini menjadi topik perbualan yang hangat diperkatakan kini. Mana tidaknya, dengan prestasi semasa Ducati yang cemerlang berbanding Yamaha, pasti ada tawaran dari Yamaha yang menyebabkan Pramac Racing tertarik untuk menyertai mereka.
Tidak pernah melupakan Marc Marquez walaupun pelumba tersebut menolak pelawaan untuk menyertai Pramac Racing selama dua musim sebelum ini, pasukan tersebut juga dikhabarkan cuba sekali lagi untuk menawarkan kontrak dua tahun kepada Marc bermula musim hadapan.
Walaupun kedua-dua berita ini masih berlandaskan desas desus dari beberapa pihak namun masakan pokok bergoyang jika tiada angin yang bertiup.
Teruskan bersama Two Wheels..!
Comments
Post a Comment