- Get link
- X
- Other Apps
Telah berjaya memenangi gelaran juara dunia MotoGP namun dilihat tidak begitu meyakinkan pasukan maka kedudukan Joan Mir di kem Honda nampaknya mula goyah.
Setelah 2 tahun bersama Honda selepas Suzuki menarik diri daripada MotoGP, Mir dilihat agak suram setelah mana tidak mampu berada di kelompok hadapan pada setiap perlumbaan. Tambahan lagi beliau sering terjatuh ketika perlumbaan berlangsung.
Dikhabarkan Honda berminat untuk menarik Maverick Vinales ke pasukan utama mereka bagi menggantikan Joan Mir. Desas desus itu sekali gus menunjukkan keyakinan HRC terhadap Mir kian merudum setelah mana dilihat belum dapat memberi sebarang hasil yang baik.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment