Kemenangan ialah masa depan..


Maverick Vinales baru sahaja membuat sejarah baru di MotoGP apabila menjadi pelumba pertama memenangi perlumbaan dengan 3 jentera berbeza. Ia pasti sesuatu yang manis dan berharga buat Maverick serta Aprilia. Bagi Aprilia pula, setelah berhempas pulas bertahun lamanya kini hasil kian baik dan mempunyai harapan untuk menjadi yang terbaik buat tahun ini.

Semalam telah kami kongsikan perihal Maverick dilamar Honda dengan nilai kontrak yang jauh lebih tinggi berbanding apa yang Aprilia bayarnya sekarang. Maverick telah ditanya berkenaan hal ini dan tanpa berselindung, Top Gun mengatakan bahawa beliau lebih utamakan masa depan dan ia memerlukan jumlah kemenangan. 

Aprilia kini mempunyai jentera yang bagus dan berdaya saing tinggi walaupun kem mereka berada dalam keadaan bajet yang tidak begitu besar. Ternyata kualiti jentera adalah lebih menarik perhatian pelumba daripada jumlah wang yang dilabur sebagai gaji.

Comments

Follow Us