Marc tak kosong..


Seperti yang diketahui, buat tahun ini Marc yang bersama Pasukan Gresini, berlumba tanpa gaji. Beliau sanggup berpindah dan tinggalkan lombong emas iaitu Honda demi mendapatkan kembali semangat juara.

Pun begitu ia bukan bermaksud Marc belumba sepenuhnya tanpa bayaran kerana dalam dunia perlumbaan di sana masih terdapat sumber pendapatan lain iaitu melalui tajaan-tajaan dan wang kemenangan setiap perlumbaan.

Telah 'leak' berkenaan nilai tajaan yang diperoleh Marc daripada Red Bull iaitu satu jenama minuman tenaga terkemuka dunia. Dikatakan Red Bull membayar Marc dengan jumlah RM30 juta buat musim ini.

Comments

Follow Us