- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Bukan senang untuk memenangi perlumbaan dalam arena yang paling berprestij dunia seperti MotoGP. Segala persiapan dibuat selama berjam-jam sebelum menjelangnya waktu perlumbaan yang memakan masa hanya sekitar 45 minit. Segala keringat yang dicurahkan lebih terasa berharga apabila kejayaan yang dirangkul terus menerus menjadi sebutan ramai.
Jorge Martin yang mula berlumba di Litar Algarve bagi kategori perdana adalah pada Tahun 2021. Selama tiga tahun pertamanya itu, beliau langsung tidak pernah berjaya melepasi garisan penamat. Ia boleh dikatakan satu rekod yang amat buruk bagi seseorang pelumba namun pada tahun ini beliau bukan setakat menamatkan perlumbaan malah menjadi pelumba pertama yang mendabat kibaran bendera hitam putih. Itu merupakan sesuatu yang amat menakjubkan.
Walaupun begitu, ia belum cukup untuk menarik minat para media bagi mengangkat kejayaannya tersebut sebagai satu peristiwa yang paling istimewa dalam perlumbaan PortugueseGP. Ternyata aura yang dimiliki oleh juara dunia 8 kali, Marc Marquez dan juga pendatang baru, Pedro Acosta jauh lebih kuat sehingga mereka berdua sering disebut dan apa yang dilalui mereka sering diulas dan dipertontonkan kembali dalam klip-klip video pendek.
Jorge Martin nampaknya kurang berpuas hati dengan layanan media ini dan sedikit terasa tersinggung. Pun begitu hal tersebut tidaklah mematahkan semangatnya untuk terus berusaha bagi meraih kejayaan yang berterusan.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment